Deskripsi
Keris Taming Sari Hang Tuah Pamor Wengkon Isen Tangguh Melayu Sepuh
– Dhapur Keris (jenis bentuk keris) : Taming Sari Hang Tuah
– Pamor (motif lipatan besi) : Wengkon Isen
– Tangguh (perkiraan masa pembuatan) : Melayu
– Panjang Bilah : 37 cm
– Warangka : Gayaman Surakarta Kayu Gembol Jati
– Handle / Gagang : Kayu Gembol Jati
– Pendok : Blewah Kuningan Kuno
– Mendak : Perak Sepuhan
Dialih rawatkan (dimaharkan) Keris Taming Sari Hang Tuah Pamor Wengkon Isen Tangguh Melayu Sepuh sesuai dengan foto dan deskripsi yang tertera.
Keris Taming Sari ialah sebilah keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung, pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia dikatakan juga berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh itu berlari.
Keris Taming Sari pada asalnya ialah kepunyaan Taming Sari, seorang hulubalang Jawa. Ketika ingin menikahkan putra sultan Malaka dan putri dari Majapahit diadakanlah adu laga kesaktian sebagai hiburan kerajaan atas usul kerajaan majapahit ditunjuklah Hang Tuah sebagai wakil Malaka dan Beliau Patih Gajah Mada memilih Taming Sari sebagai wakil Majapahit. Di tengah adu laga Taming Sari yang hilang kesadaran telah memasuki istana Seri Betara Majapahit dan telah mengamuk dan membunuh ramai orang. Hang Tuah yang berada di situ telah bertarung dengan Taming Sari dan telah membunuh beliau. Keris Taming Sari telah jatuh ke tangan Hang Tuah dan beliau telah mempersembahkan keris itu ke hadapan Seri Betara Majapahit. Baginda telah menganugerahkan Keris Taming Sari kepada Laksamana Hang Tuah atas jasanya mengalahkan Taming Sari.
Keris Taming Sari pernah dicuri oleh Sang Kertaksa, Laksamana Hang Tuah bagaimanapun berjaya mendapatkan semula Keris Taming Sari dengan menggunakan keahlian laga bertarung beliau.
Ulasan
Belum ada ulasan.